hujan lebat

Penduduk terkejut, banjir kilat waktu Subuh

Banjir kilat yang menenggelami sebuah jambatan kecil di sebatang jalan masuk ke kawasan rumah penduduk di Kampung Keledek di Lipis, Pahang. -IHSAN BALAI BOMBA KUALA LIPIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Penduduk Kampung Keledek di sini dikejutkan kejadian banjir kilat yang berlaku waktu Subuh hari ini ekoran hujan lebat sejak petang semalam.

Dalam kejadian bermula pukul 6 pagi hari ini, air mula melimpah ke kawasan kampung melibatkan enam buah rumah penduduk dimasuki air. Bagaimanapun tiada pemindahan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kampung tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lipis, Haslizan Ramli berkata, punca kejadian itu apabila air daripada anak sungai yang mengalir berdekatan kampung melimpah masuk ke kawasan kediaman berikutan hujan lebat sejak semalam.

“Sebanyak enam rumah penduduk dinaiki air. Bagaimanapun tiada ada kemalangan jiwa atau kecederaan dan juga tidak melibatkan pemindahan ke PPS,” katanya di sini hari ini.

Menurut Haslizan, seramai enam pegawai dari Balai Bomba Lipis berada di tempat kejadian dengan membuat pemantauan keselamatan dan penilaian risiko kesan banjir penduduk di situ.

Sementara itu, seorang warga emas, Che Minah Che Mamat berkata, ketika kejadian dia baharu selesai bersahur dan mula hendak menunaikan solat Subuh.

“Saya sudah menjangka hujan lebat malam tadi berkemungkinan akan berlaku banjir. Rupa-rupanya betul kerana air anak sungai berdekatan sudah masuk ke ruang dapur.

“Kejadian ini kerap berlaku apabila hujan lebat dan selalu air memenuhi kawasan ruang dapur dan akan akan surut dengan cepat selepas tengah hari,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya