Pemuda gagal seludup anak lotong 

Pemuda gagal seludup anak lotong 

TIGA ekor anak lotong yang diselamatkan PPM Wilayah Dua daripada cubaan diseludup dalam serbuan di Jalan Dr. Ismail, Mersing, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Mersing mematahkan cubaan menyeludup tiga ekor anak lotong dalam Op Kontraband Landai (Bersepadu) di Jalan Dr. Ismail, di sini semalam.

Komander PPM Wilayah 2, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, sepasukan pegawai dan anggota pasukan itu bersama-sama anggota Balai Polis Mersing menerima maklumat kejadian berkenaan daripada orang awam sebelum melakukan serbuan.

“Hasil pemeriksaan menemukan tiga ekor anak lotong dalam sangkar plastik yang berada di bahagian belakang tempat duduk penumpang sebuah kereta.

“Polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 27 tahun yang mengaku sebagai pemilik kereta berkenaan bagi membantu siasatan atas kesalahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. 

“Semua rampasan dibawa ke Markas Taktikal PPM Wilayah Dua Mersing untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Muhd. Zailani, anggaran kasar nilai jualan seekor anak lotong boleh mencecah RM500 dan kes diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Perhilitan Mersing untuk tindakan susulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya