Pemilik, pengurus besar dua syarikat ditahan buat tuntutan palsu - Utusan Malaysia

Pemilik, pengurus besar dua syarikat ditahan buat tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan dua lelaki iaitu pemilik syarikat pembinaan dan pengurus besar syarikat pangkalan pelabuhan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah hampir RM150,000.

Menurut sumber, pemilik syarikat pembinaan berusia 30 itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 6 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.

Sumber itu berkata, pengurus besar syarikat pangkalan pelabuhan yang berusia 39 tahun itu pula ditahan kira-kira 8.30 malam di lokasi sama.

Difahamkan, pada tahun lalu, pengurus besar terbabit meluluskan tiga tuntutan pembekalan dan pemasangan kabin daripada pemilik syarikat pembinaan berkenaan sedangkan ia tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini bagi mendapatkan permohonan reman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN