Pemandu lori ditahan bersama mercun bernilai RM10,000

Pemandu lori ditahan bersama mercun bernilai RM10,000

BAHARUDIN Abdullah menunjukkan antara mercun yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Ketengah Jaya ketika sidang akhbar di IPD Dungun, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Tindakan seorang pemandu lori cuba mengaut keuntungan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan menjual mercun membawa padah apabila diberkas polis, semalam. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan bersama 19 jenis mercun bernilai RM10,000 di rumahnya di Ketengah Jaya, di sini kira-kira pukul 7.10 pagi. 

Katanya, kes rampasan itu adalah yang pertama di Terengganu pada Ramadan kali ini dan tidak menolak kemungkinan bekalan mercun diperoleh dari negara jiran bagi pasaran di sekitar Dungun.

“Berdasarkan jumlah rampasan ini, kita percaya suspek pernah menjalankan aktiviti jualan mercun sebelum ini tetapi mungkin dalam kuantiti kecil. 

“Hasil keuntungan menjual mercun pada musim perayaan boleh mencecah sehingga empat atau lima kali ganda,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) hari ini.

Menurut Baharudin, antara mercun yang dirampas ialah bola, happy boom, happy festival, magic shot, thunder clap di samping cake 168 shot dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN