Pelita Raya 2022 terima kedatangan 18,824 pengunjung 

Pelita Raya 2022 terima kedatangan 18,824 pengunjung 

PETUGAS menyalakan pelita sempena Program Pelita Raya Beautiful Terengganu 2022 di Kampung Budaya Terengganu, Kuala Terengganu, malam tadi. - FOTO/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Penganjuran program Pelita Raya Beautiful Terengganu 2022 di Kampung Budaya di sini yang berakhir semalam berjaya menarik seramai 18,824 pengunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, sambutan itu disifatkan luar biasa berbanding ketika edisi pertama, tahun lalu. 

Katanya, sepanjang lima hari program berkenaan berlangsung, kedatangan tertinggi direkodkan pada hari terakhir  iaitu 5,876 orang. 

“Hari pertama penganjurannya pada Jumaat, pengunjung yang direkodkan ialah seramai 1,897 orang dan jumlah itu meningkat kepada 3,153 orang (Sabtu), 3,257 orang (Ahad) manakala 4,641 orang (Isnin).

“Di samping itu, saya juga berpuas hati dengan kreativiti kalangan peserta dari semua pejabat daerah terlibat kerana masing-masing menampilkan konsep hiasan pelita yang menarik berbanding tahun sebelumnya,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kampung Budaya Terengganu, semalam. 

Suasana malam tujuh likur di negeri ini dimeriahkan dengan tradisi memasang pelita menerusi program pelita raya di Kampung Budaya Terengganu. 

Dalam edisi kali kedua itu, pengunjung berpeluang melihat pelbagai hiasan pelita raya seperti wau, Masjid 8 Kubah di Besut, di samping jambatan ikonik Tasik Kenyir dan rumah bot (Hulu Terengganu) yang mengindahkan rumah-rumah tradisional di perkampu­ngan berkenaan.

Penganjuran Pelita Raya bertujuan menonjolkan Terengganu sebagai destinasi pelancongan pada Ramadan selain mempromosikan Kampung Budaya Terengganu sebagai produk pelancongan negeri. 

Dalam majlis itu, Pejabat Daerah Kuala Terengganu muncul johan pertandingan Pelita Raya dan berjaya membawa pulang wang RM5,000 manakala Pejabat Daerah Kuala Nerus (kedua) dan Pejabat Daerah Setiu (ketiga). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya