Pejuang lapor polis dakwaan empat hakim kes Najib dirasuah - Utusan Malaysia

Pejuang lapor polis dakwaan empat hakim kes Najib dirasuah

AKIF Rusli (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tampil membuat laporan polis berkaitan dakwaan bahawa empat hakim dirasuah Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mempengaruhi keputusan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Laporan itu dibuat Setiausaha Peguam parti berkenaan, Akif Rusli di Balai Polis Seksyen 6 di sini, kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Akif berkata, dakwaan berunsur fitnah itu dibuat seorang individu menerusi komentar di laman Facebook milik beliau pada Ahad lalu.

“Komentar itu dilihat mempunyai unsur fitnah jahat kepada hakim-hakim yang memutuskan keputusan kes Datuk Seri Najib.

“Empat hakim itu saya percaya adalah Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di sini hari ini.

Turut  hadir ketika laporan itu wakil-wakil Pejuang Shah Alam dan Pejuang Muda.

Jelas beliau, perkataan ‘dedak’ menerusi komentar individu itu terhadap hakim turut merujuk kepada rasuah.

Tambah Akif, fitnah itu dipercayai turut merujuk kepada Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang seolah-olah memberi rasuah kepada empat hakim tersebut.

 Justeru, beliau yang  juga Ketua Penerangan Pejuang Muda meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan lanjut ke atas individu berkenaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya