Peguam tak ada kuasa isytihar seseorang itu bersalah - Wan Junaidi

Peguam tak ada kuasa isytihar seseorang itu bersalah – Wan Junaidi

WAN JUNAIDI TUNKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang, Datuk Seri Wan Junaidi Tunku Jaafar menyifatkan peguam tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan seseorang itu bersalah atau sebaliknya.

Katanya, ia selaras dengan prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah 

“Hanya hakim yang mempunyai kuasa ke atas perkara itu,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas hadir dalam Program Pemukiman Agensi di bawah Kluster Parlimen dan Undang-Undang di sebuah hotel di sini.

Semalam, media melaporkan, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mendakwa seseorang itu sebagai berdosa apabila membela mereka yang diketahui telah melakukan jenayah.

Ia susulan beberapa peguam menimbulkan kebimbangan atas kerjaya mereka jika mereka ingin mempertahankan individu yang bersalah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN