Nicky Liow mengaku tidak bersalah, diperintah bayar jaminan RM1 juta - Utusan Malaysia

Nicky Liow mengaku tidak bersalah, diperintah bayar jaminan RM1 juta

AHLI perniagaan, Nicky Liow Soon Hee atau dikenali sebagai Nicky Liow hadir ke Mahkamah Sesyen, Shah Alam, Selangor pada hari ini atas 26 pertuduhan terlibat dan memiliki wang pengubahan wang haram (AMLATFA) bernilai RM36 juta enam tahun lalu. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ahli perniagaan, Nicky Liow berdepan pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM36 juta di bawah 26 pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Helina Sulaiman.

Hakim kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua orang penjamin berserta syarat lain iaitu melaporkan diri ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Ahli perniagaan dalam buruan itu akhirnya menyerah diri kepada polis selepas setahun menyembunyikan diri.

Nicky, 34, yang juga pengasas Winner Dynasty Group menyerah diri di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Menara KPJ, Jalan Tun Razak, dekat sini 11 pagi semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara  itu.

Media sebelum ini melaporkan, Nicky diburu selepas operasi besar-besaran dilakukan oleh Polis Johor.

Menerusi serbuan berasingan di Puchong, Selangor, sebanyak 12 individu termasuk seorang bergelar Datuk Seri.

Sindiket itu sebelum ini disyaki terbabit dalam pelbagai jenis kes penipuan dalam talian.

Nicky juga pernah ditahan kerana mencederakan dua anggota Jabatan Sukarelawan (Rela) yang sedang bertugas di pekarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, Kuala Lumpur, lima tahun lalu. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya