Mohd. Tamyes dikurniakan Wali Raja

Mohd. Tamyes dikurniakan Wali Raja

SULTAN Sharafuddin Idris Shah (kanan) dan Mohd. Tamyes Abd. Wahid ketika majlis pengurniaan watikah pelantikan sebagai Wali Raja di Istana Alam Shah, Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid dikurniakan watikah pelantikan sebagai Wali Raja.

Pengurniaan watikah itu diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, di sini dalam satu majlis ringkas yang disusuli acara berbuka puasa dan solat tarawih.

Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Mohd. Tamyes adalah  bekas mufti negeri ini bermula 16 Mac 1998 sehingga 19 Mei tahun lalu.

Anak kelahiran Sungai Besar, Sabak Bernam itu antaranya berkelulusan Sarjana Muda Syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir dan Diploma Pendidikan Bahasa Arab di Universiti Ain Syams, Mesir. 

Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 1979. 

 Mohd. Tamyes sebelum ini dikurniakan Pingat Pekerti Yang Terpilih (PPT), Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) dan Darjah Kebesaran Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN