Mengaku rakyat Malaysia untuk elak ditahan

Mengaku rakyat Malaysia untuk elak ditahan

KHAIRUL DZAIMEE DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelbagai helah yang digunakan sekumpulan warga asing bagi mengelak daripada ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu serbuan di Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur, dekat sini hari ini.

Antara helah digunakan termasuklah mengaku diri mereka sebagai rakyat Malaysia namun apabila diminta menunjukkan kad pengenalan yang sah tetapi gagal.

Menerusi operasi Op Belanja itu, sebanyak 248 pendatang asing tanpa izin (Pati) daripada pelbagai warga negara yang dipercayai peniaga dan pekerja di pasar terbabit ditahan.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, daripada jumlah yang ditahan, seramai 205 adalah lelaki manakala baki 43 lagi adalah wanita.

“Daripada 248 individu itu, 109 orang adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Manakala 139 orang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen sah yang merangkumi warga Pakistan, India, Myanmar, Indonesia dan Bangladesh,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau,  tiga warga Pakistan turut dikesan mempunyai kad UNHCR walaupun negara itu bukanlah negara yang termasuk di dalam penggunaan kad terbabit.

“Selepas disemak, kad berkenaan adalah tulen. Kami akan melakukan siasatan lanjut bagaimana tiga warga Pakistan itu boleh mempunyai kad UNHCR.

“Ketika serbuan dilakukan, ada antara mereka mengaku sebagai rakyat Malaysia dan ada yang cuba melarikan diri,” jelasnya.

Beliau berkata, operasi dilakukan selepas menerima rungutan orang ramai mengenai warga asing berkenaan yang berniaga secara haram di tepi jalan berhampiran pasar itu.

“Kebanyakan warga asing ini adalah orang yang sama pernah ditahan dalam beberapa siri serbuan dilakukan di kawasan terbabit.

“Mereka (warga Myanmar) ini dikesan menjual sayur dengan harga murah kerana mendapat bekalan sayur yang dibuang oleh pemborong,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya