MBPJ rai wanita dan aktifkan semula Kota Seni - Utusan Malaysia

MBPJ rai wanita dan aktifkan semula Kota Seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Lebih dua tahun berehat akibat pandemik Covid-19, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kembali aktif menggerakkan aktiviti mereka sebaik negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik menerusi penganjuran Sambutan Hari Wanita Petaling Jaya pada 1 April lalu.

Penganjuran ini bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan dan jasa wanita dalam pembangunan negara khususnya di Petaling Jaya.

Bertemakan ‘Saksama Bersama’ tema sambutan Hari Wanita 2022, dipilih untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman seluruh lapisan masyarakat, terhadap kepentingan mencapai kesaksamaan bersama bagi memastikan potensi wanita dapat diupaya dan dioptimumkan demi menyediakan masa depan negara yang mampan agar ia selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG5) demi kebaikan komuniti Petaling Jaya.

Menurut Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md Amir, pihaknya mempunyai lima fokus utama yang digariskan oleh Kelab Wanita IRIS MBPJ di dalam Pelan Tindakan Pemberdayaan Wanita Petaling Jaya 2021-2025.

“Ia merangkumi aspek ekonomi, pendidikan, kesihatan, kemudahan prasarana dan hak di dalam proses pembuat keputusan adalah selari dengan matlamat pembangunan mampan global.

“Malah, pada majlis yang sama, MBPJ turut menganugerahkan 10 thematic champions PJSSR 2030 kepada wanita, yang mana ia merupakan pertama kali diadakan mengikut 10 thematic yang merupakan konsep perancangan bandaraya berdayatahan (‘resilient’).

“Ia perlu dilaksanakan bagi memastikan Bandaraya Petaling Jaya boleh bertahan dengan cabaran-cabaran akan datang. Aspek-aspek utama yang akan diberi tumpuan meliputi kesihatan dan kesejahteraan awam, infrastruktur dan ekosistem, ekonomi dan komuniti, kepimpinan dan strategi,”katanya.

Selain itu, pada majlis tersebut, pengiktirafan kepada wanita-wanita Petaling Jaya turut diberikan kepada komuniti, media, pemimpin setempat, pegawai dan juga kepada rakan strategik yang lain.

“Wanita merupakan nadi serta tulang belakang kepada ketua keluarga terutamanya bagi ketua organisasi MBPJ khususnya. tidak dilupakan juga kepada penerima anugerah berdaya yang mana menyumbang dalam hala tuju majlis terhadap dasar serta polisi dan juga penggerak kepada masyarakat,” katanya.
Terdahulu, Datuk Bandar dan Isterinya Farah Hanini Abdul Rahman yang merupakan Penasihat Kelab Wanita IRIS MBPJ telah merasmikan Bilik Kelab Wanita berkenaan yang terletak di Sunken Plaza, Menara MBPJ.

Kumpulan Caliph Buskers yang membuat persembahan pada majlis tersebut.

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Datuk Bandar MBPJ, TPr Hjh Sharipah Marhaini Syed Ali, Ahli-ahli Majlis dan Ketua Jabatan MBPJ selain diserikan dengan persembahan daripada Farhan Azizan dan kumpulan Caliph Buskers.

Dalam pada itu, MBPJ pada hari yang sama mengadakan Program Santai Budaya Kota Seni yang menampilkan 15 aktiviti antaranya Tingkah Tari, Permainan Rakyat, Pelancaran Kelab Basikal & Kayuhan Santai, Zumba, Fun Games, Street Hockey, Food Truck & Gerai Makanan/Jualan, Perpustakaan Bergerak, Bola Jaring, Futsal dan Refleksologi, Rumah Seni Selangor, Busking dan Bean Scooter.

Menurut Mohamad Azhan, wawasan untuk Kota Seni dibuat sejak tahun 2015 lagi oleh kerajaan negeri Selangor.

“Namun terhenti seketika apabila negara berdepan dengan Covid dan sebagainya. Kini kita berada dalam fasa Endemik dan kami aktifkan semula kota seni. MBPJ nak hidupkan PJ sebagai Kota Seni dimana pelbagai budaya seni berada di sini.

“Kita telah susun program untuk hujung tahun nanti dengan satu sambutan yang lebih besar dipanggil PJ International Folklore Festival dan sebagainya. Bermula 1 April, kita mulakan dengan program seni budaya. Kali ini lebih bertumpu kepada tarian. Tapi pada masa sama tampilkan permainan rakyat,” katanya.

Katanya lagi, Santai Budaya dan Kota Seni akan menjadi satu mercu tanda kepada masyarakat.

“Sebut PJ orang akan ingat Kota Seni. Sebut Kota Seni orang akan ingat PJ. Kami nak semarakkan seni budaya masyarakat Malaysia. Ia babitkan penyertaan artis popular, buskers dan semua ada.

“Seni itu luas jadi ada seni muzik, seni tari dan sebagainya. Kita tidak akan meminggirkan mana-mana pihak. Jadi dalam konteks ini, semualah dari seni tari, seni budaya, seni lakon, seni teater akan termasuk sama.

“Kami akan jadikan Boulevard Seksyen 52 depan pejabat MBPJ sebagai kawasan kota seni. InsyaAllah bulan Jun nanti sambutan Hari Bandaraya yang ke-16 untuk Petaling Jaya, kami akan adakan aktiviti-aktiviti yang menyokong kepada Kota Seni,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.