Mayat lelaki ditemukan dalam keadaan ngeri

Mayat lelaki ditemukan dalam keadaan ngeri di ladang sawit

KEADAAN mayat ditemukan dalam keadaan mengerikan di sebuah ladang kelapa sawit, di Sepang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan mengerikan dipercayai dibunuh dengan luka diperut, usus terkeluar dan tangan diikat dengan kabel di sebuah ladang kelapa sawit di sini, hari ini. 

Mayat tanpa identiti itu ditemukan pukul 8.50 pagi tadi kira-kira 50 meter dari Jalan Sepang – Salak berhampiran sebuah pondok di ladang berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dan berpakaian lengkap serta pelitup muka di dagu. 

Beliau berkata, si mati berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun, tiada kesan BCG pada bahu dan pemeriksaan lanjut juga tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri. 

“Pemeriksaan pada tubuh si mati mendapati ada kecederaan pada bahagian perut kanan dan kiri selain usus terkeluar serta luka di bahagian zakar. Lokasi mayat ditemui pula tiada penempatan dan dikelilingi ladang kelapa sawit serta berhampiran dengan daerah Nilai, Negeri Sembilan serta ada akses jalan antara daerah. 

“Pemeriksaan dalam radius 50 meter daripada lokasi mayat ditemui oleh unit anjing pengesan (K9) juga tidak menjumpai apa-apa petunjuk,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Katanya, pihaknya turut menemui satu unit sarung sabit, tiga puntung rokok, gumpalan rambut dan kesan darah berhampiran mayat. 

Wan Kamarul berkata, semakan terhadap pekerja kontraktor binaan jalan di Sepang-Salak mendapati, mangsa kali terakhir dalam keadaan baik pukul 9 malam semalam. 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN