Mayat lelaki dijumpai terapung di air terjun

Mayat lelaki dijumpai terapung di air terjun

ANGGOTA bomba membawa mayat lelaki yang dijumpai terapung di kawasan rekreasi Air Terjun Lubok Degong, Kampung Chang, Bidor, Tapah, Perak, hari ini. - FOTO/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan rekreasi Air Terjun Lubok Degong, Kampung Chang, Bidor, di sini hari ini.

Mangsa, Teng Son Min, 59, dijumpai orang awam sekitar pukul 3 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri di bawah jambatan besi yang kemudian menghubungi talian 999 untuk bantuan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, saksi menjumpai mayat tersebut ketika dia mahu mandi di air terjun berkenaan.

Katanya, ketika ditemui, mangsa dalam keadaan masih lengkap berpakaian dan terapung di kawasan lubuk ketiga di bawah jambatan besi.

“Pembantu pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Pemeriksaan di kawasan tersebut mendapati terdapat sepasang selipar disyaki milik mangsa ditemui di atas jambatan besi dalam keadaan rapi. 

“Pemeriksaan tubuh badan mangsa juga dalam keadaan baik dan tiada apa-apa kesan yang boleh dikaitkan dengan kematian lelaki itu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian selepas keputusan ujian Covid-19 diperolehi.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya