ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah merampas 23 set bubu naga dalam Op Aman di dua lokasi sekitar perairan Kuala Kedah, di sini semalam.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, sebanyak 10 set bubu naga dirampas di kedudukan dua batu nautika barat laut Kuala Kedah pada pukul 10.45 malam, sementara 13 set di kedudukan 1.9 batu nautika barat laut Kuala Kedah pada pukjul 11.10 malam.
“Kesemua bubu naga yang dirampas dianggarkan bernilai RM2,760 dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985.
“Penggunaan bubu naga ini mengancam dan boleh merosakkan ekosistem marin serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan tradisional atau pesisir pantai,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN










