Malaysia, Indonesia meterai MoU PDI

Malaysia, Indonesia meterai MoU pembantu rumah

amah indonesia
M. SARAVANAN ketika menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan tenaga kerja Indonesia dan Menteri Tenaga Kerja, Ida Fauziyah, disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Merdeka, Jakarta, Indonesia oada 1 April lalu. - BIRO PERS KEPRESIDENAN INDONESIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan Indonesia hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) di negara ini.

Pemeteraian itu ditandatangani oleh Menteri Sumber Manusia Malaysia, Datuk Seri M. Saravanan dan Menteri Ketenagakerjaan Indonesia, Ida Fauziyah, serta disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Merdeka.

Ismail Sabri menyifatkan pemeteraian itu sebagai satu detik yang penting kerana ia adalah komitmen berterusan Malaysia dan Indonesia untuk memberi manfaat besar serta berpanjangan kepada rakyat kedua-dua negara.

“MoU ini akan memastikan segala proses pengambilan dan mekanisme perlindungan PDI akan dilaksanakan secara komprehensif oleh pihak-pihak yang berkaitan, mengikut dasar dan perundangan di kedua-dua negara.

“Dalam hal ini, saluran kemasukan tunggal bagi PDI ke Malaysia telah dipersetujui hanya menggunakan sistem saluran tunggal (One Channel System) sepertimana yang terkandung dalam MoU, penting untuk saringan kepada hanya majikan yang layak menggajikan PDI,” katanya dalam sidang media di Jakarta.

Pada masa sama, beliau juga memaklumkan bahawa Malaysia telah meratifikasi Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sebagai komitmen Malaysia di peringkat antarabangsa untuk membanteras isu buruh paksa, termasuk memberi perlindungan kepada pekerja migran daripada Indonesia.

Beliau turut mengumumkan lima inisiatif dalam menjaga kebajikan pekerja dari sudut perlindungan sosial.

Lima inisiatif tersebut adalah caruman melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan jaminan bayaran gaji melalui eWages iaitu bagi menjamin pembayaran gaji tidak lewat daripada hari ketujuh setiap bulan.

Pekerja juga diberikan cuti rehat satu hari seminggu, memperkenalkan aplikasi e-aduan yang membolehkan pekerja membuat sebarang aduan secara dalam talian dan lain-lain kebajikan yang termaktub dalam kontrak perkhidmatan.

“Pemeteraian MoU ini juga akan merintis kepada kemasukan semula Tenaga Kerja Indonesia (TKI) untuk bekerja dalam sektor-sektor yang dibenarkan di Malaysia,” kata Ismail Sabri.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN