PETALING JAYA: Majlis berbuka puasa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ditunda ke Isnin, 11 April minggu hadapan.
Menurut Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, majlis itu sepatutnya diadakan pada 6 April, Rabu ini bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ahli-ahli jemaah menteri.
Namun, ia telah ditangguhkan ke tarikh yang baharu iaitu pada 11 April atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Difahamkan, Agong dan Raja Permaisuri yang disahkan positif Covid-19 perlu menjalani kuarantin hingga 8 April ini.-UTUSAN ONLINE










