Mahkamah tetapkan 1-5 Ogos perbicaraan kes Ebit Lew

Mahkamah tetapkan 1-5 Ogos perbicaraan kes Ebit Lew

EBIT Lew tiba di pekarangan Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 1 hingga 5 Ogos depan sebagai tarikh perbicaan kes pendakwah terkenal Ebit Irawan Ibrahim Lew atau dikenali sebagai Ebit Lew.

Majistret Nur Asyraf Zolhani menetapkan tarikh tersebut dan membenarkan permohonan bagi menjalankan perbicaraan untuk 11 pertuduhan itu secara bersama.

Ebit,37, didakwa atas 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi Whatsapp antara Mac hingga Jun 2021.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dengan denda, atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, pendakwaan mengemukakan permohonan bagi menjalankan perbicaraan 11 pertuduhan itu secara bersama kerana bukti dan saksi bagi kesemua pertuduhan saling berkaitan.

Peguam mewakili Ebit, Ram Singh tidak mengemukakan sebarang bantahan kepada permohonan itu selagi ia membabitkan seorang pengadu.

Kes dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Muhammad Ilmami Ahmad dan Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohammad Ramli.

Ebit Lew turut diwakili Peguam Kamaruddin Mohmad Chinki dan Timothy Daud.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN