Maahad perlu dana RM30,000 baiki siling runtuh

Maahad perlu dana RM30,000 baiki siling runtuh

Runtuh maahad yang runtuh diTasik Gelugor Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: Kira-kira 37 pelajar Ma’had Adda’wah Al-Islamiyyah Padang Menora di sini terselamat daripada mendapat cedera selepas siling asrama mereka runtuh dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 pagi ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, mudir maahad tersebut, Muhammad Aiman Subri berkata, ketika kejadian terdapat beberapa pelajar yang masih berada dalam asrama ber­kenaan, namun sempat lari menyelamatkan diri.

Katanya, ketika kejadian juga sebahagian besar pelajar baru selesai bersahur dan ada yang kembali ke asrama itu untuk bersiap-siap sebelum ke surau.

“Alhamdulillah semua pelajar dan guru selamat dan tidak mengalami sebarang kecede­raan.

“Kejadian itu pun berlaku secara tiba-tiba dan menurut tukang yang dipanggil untuk me­ngenal pasti kerosakan, runtuhan mungkin berpunca daripada struktur besi yang tidak kukuh,” katanya.

Menurut Muhammad Ai­man, susulan kejadian itu, pihaknya terpaksa memohon sumbangan bagi membaik pulih kerosakan akibat runtuhan siling terbabit.

Katanya, berdasarkan peni­laian jumlah dana yang diperlukan untuk membaiki kerosakan itu dianggarkan RM30,000. Pihaknya memohon sumbangan orang ramai sama ada melalui pertubuhan atau orang perseorangan.

Jelas beliau, selain penggantian siling, kos itu juga dinilai selepas mengambil kira keper­luan untuk melakukan kerja-kerja pendawaian elektrik baharu, pemasangan besi serta upah.

“Ini kerana runtuhan siling itu turut menjejaskan pendawaian elektrik di asrama berkenaan dan memerlukan kos baik pulih yang agak besar,” katanya.

Ujar beliau, mana-mana pihak yang ingin menyampaikan sumbangan boleh berbuat demikian melalui Akaun Bank Islam di nombor 07-016-02-034277-3 atas nama Tetuan Ma’ahad Adda’wah Al-Islamiyyah.

Katanya, resit di nombor yang tertera sebagai simpanan juga perlu dihantar untuk urusan pengasingan dana selepas wang dimasukkan ke dalam akaun.

“Mudah-mudahan, sumbangan muslimin dan muslimat ini akan dibalas dengan seribu kebaikan berkat Ramadan al-Mubarak ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN