Longkang tersumbat punca banjir

Longkang tersumbat punca banjir

MOHD. YUSOF Musa menunjukkan banjir kilat di Taman Makmur Karak Setia di Bentong, Pahang yang berlaku pada 13 April lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Longkang besar tersumbat yang belum dibersihkan kesan daripada banjir besar pada pertengahan tahun lalu menjadi punca Taman Makmur Karak Setia, dekat sini dilanda banjir kilat setiap kali hujan lebat dengan yang terbaharu berlaku pada minggu lalu.

Kini seramai 234 penghuni kawasan perumahan itu bimbang kemeriahan Aidilfitri minggu depan terganggu jika hujan lebat pada hari tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk, Mohd. Yusof Musa, 44, berkata, taman itu yang terletak berdekatan Sungai Karak turut memberi kesan terutama sekiranya air naik melimpah masuk melalui longkang besar ke taman perumahan ini.

“Jadi, apabila laluan air tersekat kerana sampah-sarap tidak dibuang menyebabkan berlakunya banjir kilat. Trauma penduduk kesan banjir bulan Disember tahun lalu masih lagi terasa,” katanya di sini semalam.

Mohd. Yusof berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat menyegerakan pembaikan jalan dan saluran longkang yang tersumbat bagi mengelakkan kejadian berulang.

Seorang lagi penduduk, Mohammad Nazarul Abd. Talib, 28, berharap pihak Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan PBT dapat bekerjasama bagi mengatasi masalah jalan rosak dan membersihkan longkang tersumbat.

Ini kerana ujarnya, penduduk bimbang kejadian banjir kilat ini berulang ketika penduduk sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Menurutnya, penduduk bimbang kerana Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menyatakan fenomena cuaca di negara ini tidak menentu dan boleh menurunkan jumlah hujan melebihi biasa. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya