Lelaki rentung kereta terbakar 

Lelaki rentung kereta terbakar 

ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah kereta dalam kejadian di Taman Jaya, Bahau, Jempol, Negeri Sembilan.- IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang lelaki, R. Ramasamy, 42, ditemukan rentung di bahagian tempat duduk pemandu selepas kereta jenis Proton Wira yang dinaikinya terbakar dalam kejadian di Taman Jaya, Bahau di sini, pagi ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba Bahau, Mohd. Rasul Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.03 pagi berhubung kejadian itu dan tiba di lokasi lima minit kemudian. 

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba mengambil masa 10 hingga 15 minit untuk memadam kebakaran. Terdapat seorang mangsa yang maut di tempat duduk pemandu,” katanya hari ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN