dituduh bunuh rakan

Lelaki etnik Rohingya dituduh bunuh rakan senegara

SOYID Korim Zafor Huson (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya awal bulan lalu di sebuah rumah di Jalan Bukit Tembok, Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas tuduhan membunuh rakan senegaranya awal bulan ini.

Tertuduh, Soyid Korim Zafor Huson, 40, didakwa melakukan perbuatan membunuh Jomir Hussain Dil Mohammed, 19, di sebuah rumah di Jalan Bukit Tembok di sini.

Perbuatan tersebut dilakukan tertuduh pada 5 April 2022 lalu pada pukul 8.20 malam sehingga 6 April 2022 pukul 8 pagi.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Tertuduh faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Mohd. Firdaus Saleh namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd. Azman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada sebarang jaminan diberikan dan Mohd. Firdaus kemudian menetapkan 17 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, pada 6 April lalu media melaporkan mayat seorang lelaki etnik Rohingya ditemui dengan kesan tikaman di bahagian perut dipercayai dibunuh oleh rakan senegaranya di sebuah rumah di Jalan Bukit Tembok di sini.

Suspek yang merupakan seorang buruh bagaimanapun berjaya ditahan di sebuah kedai pakaian di Pulau Pinang oleh polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang kira-kira pukul 2 petang hari yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN