Lelaki didakwa tipu kerani wanita janjikan perkahwinan

Lelaki didakwa tipu kerani wanita janjikan perkahwinan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu ‘bakal isterinya’ dengan menjanjikan perkahwinan sehingga wanita itu menyerahkan wang tunai dan barang kemas berjumlah RM152,500.

Bagaimanapun, tertuduh Hisyah Sayuti, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, Hisyah didakwa menipu seorang kerani wanita berusia 40 tahun dengan curang memperdayakannya untuk menyerahkan wang tunai dan barang kemas bernilai RM152,200 dengan menjanjikan perkahwinan yang tidak wujud.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di Bukit Bintang di sini di antara 6 Februari lalu dan 6 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun serta sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar menawarkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon wang jaminan dikurangkan dengan alasan hanya membuat kerja kampung dan tiada pendapatan tetap.

Selepas mendengar permohonan kedua-belah pihak mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei ini untuk sebutan kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya