Laporan Berita 7:57 berani, lantang angkat suara rakyat

Laporan Berita 7:57 berani, lantang angkat suara rakyat

Berita 7:57
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Stesen televisyen tempatan, Awesome TV, menerusi penerbitan program Berita 7:57 konsisten mengupas kandungan berita berkaitan isu-isu semasa dan sensitif yang dekat dengan masyarakat tanpa berpihak kepada mana-mana pihak.

Di samping itu, mengangkat slogan Rakyat Keutamaan Kami, stesen tersebut juga mengukuhkan kedudukan dan kredibiliti sebagai jenama utama yang berani menyalurkan maklumat telus dalam menyuarakan kebenaran demi menjaga kebajikan rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas berkata, dia meletakkan Berita 7:57 sebagai wadah berpengaruh untuk memperkasakan suara rakyat Malaysia.

”Selaku stesen televisyen yang berperanan sebagai cermin masyarakat, kami memikul tanggungjawab besar dalam melaporkan berita yang diperoleh daripada sumber yang tepat secara adil.

”Tanpa memihak atau dikawal oleh mana-mana pihak yang mempunyai kuasa politik atau berkepentingan. Kami berpegang kepada kebebasan media serta berani menongkah arus untuk memberi kritikan dan teguran membina sambil menyalurkan maklumat.

”Namun begitu, walaupun corak pemberitaan bersifat agresif dan vokal. Kami tetap mengambil kira soal sahsiah dan menitik beratkan kawalan ke atas setiap isi kandungan liputan yang dibuat kerana sedar akan implikasi yang mungkin boleh berlaku setelah maklumat tersebut disebarkan dan diterima oleh orang ramai,” katanya.

Berita 757 mula dilancarkan pada 1 Februari lalu, bersiaran secara langsung pada setiap hari Isnin hingga Ahad, jam 7.57 malam di platform Astro saluran 123 dan MyTV saluran 112.

Program tersebut juga membawakan laporan harian yang merangkumi berita-berita nasional, tempatan dan luar negara merentasi segmen politik, isu semasa, ekonomi, jenayah, hiburan serta sukan.

Program Berita 757 dikemudikan oleh empat personaliti berita yang bertanggungjawab untuk mengendalikan slot harian secara bergilir-gilir. Mereka terdiri daripada Dr. Mohd Ghazali Taib, Ain Syuhada Ahmad Bohari, Nadhra Mohd dan Adriana Ghafar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya