Lafaz cerai live aibkan pasangan, keluarga

Lafaz cerai live aibkan pasangan, keluarga

TANGKAP layar video siaran langsung yang tular memaparkan seorang suami melafazkan cerai talak tiga terhadap isterinya Rabu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lafaz cerai talak tiga dilakukan seorang suami ke atas isteri secara siaran langsung di media sosial baru-baru ini tidak patut dibuat kerana mengundang persepsi negatif.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, paling teruk lagi apabila tindakan tersebut dilihat telah membuka aib pasangan terbabit dan keluarga mereka.

Menurutnya, perceraian sememangnya merupakan kaedah terakhir yang boleh diambil oleh pasangan suami isteri bagi menyelesaikan pertelingkahan dalam rumah tangga.

“Itupun dengan talak satu selepas mereka habis membuat perundingan. Perceraian adalah perkara halal yang tidak disukai oleh Allah.

“Kita patut malu dengan tindakan melafaz cerai dalam talian secara langsung. Mungkin mereka mahu menaikkan rating di laman sosial namun apa maknanya jika menggadai maruah dan mengaibkan pasangan,” katanya .

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pembangunan Keluarga Mawaddah Kelantan yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi.

Terdahulu tular di media sosial tindakan seorang pempengaruh berusia 53 tahun bertindak melafaz cerai talak tiga terhadap isterinya secara siaran langsung di laman sosial miliknya pada Rabu lalu.

Lelaki tersebut membuat kemunculan semula secara langsung selepas tujuh hari dilaporkan hilang sebelum membuat tindakan mengejutkan menceraikan isterinya dengan talak tiga di hadapan penonton. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN