LADA belanja RM95,000 jayakan program kebajikan, keagamaan

LADA belanja RM95,000 jayakan program kebajikan, keagamaan

NASARUDDIN Abdul Muttalib (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada mudir sebuah maahad tahfiz pada Majlis Ramah Mesra LADA sempena Ramadan bersama anak-anak yatim dan tahfiz di Langkawi semalam.- FOTO/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) membelanjakan sebanyak RM95,000 bagi program kebajikan dan keagamaan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, program tersebut merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat LADA yang telah dilakukan sejak penubuhannya sehingga hari ini.

Menurutnya, antara aktiviti yang bakal dilaksanakan pada bulan ini adalah edaran bubur lambuk, kuliah Ramadhan, solat tarawih dan moreh.

“Hari ini, LADA menyerahkan bantuan bernilai RM6,000 kepada Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim dan Miskin, Rumah Anjung Kasih Kampung Wang Tok Rendong dan 10 orang anak yatim dari Sekolah Maahad Tahfiz Al-Quran Dakwatul Hidayah, Kampung Sungai Kedak.

“Kita juga berasa gembira kerana dapat menyantuni dan berbuka puasa bersama anak-anak yatim di sekitar Langkawi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra LADA sempena Ramadan bersama anak-anak yatim dan tahfiz Langkawi di Ombak Villa di sini semalam.

Nasaruddin memberitahu, program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan LADA (KSKL) dan berharap sumbangan kecil tersebut dapat menggembirakan dan meringankan beban penerima serta mengimarahkan bulan mulia ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN