KPS serah zakat RM2.35 juta

KPS serah zakat RM2.35 juta

SULTAN Sharafuddin Idris Shah menerima replika cek daripada Ahmad Fariz Hassan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin  Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) bernilai RM2.35 juta bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS).

KPS dalam kenyataan hari ini berkata, baginda menerima zakat itu di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam daripada Pengerusinya, Datuk Haris Kasim.

“Bayaran zakat perniagaan kepada LZS adalah salah satu usaha bagi membentuk pembangunan kemasyarakatan negeri dan ia sudah menjadi tanggungjawab KPS, syarikat korporat yang memacu ekonomi Selangor menerusi aktiviti pelaburannya.

“Sumbangan zakat ini diharap dapat memberi impak positif kepada pembangunan sosio-ekonomi di seluruh Selangor terutama golongan asnaf,” katanya.

Hadir sama, Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir,  Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif KPS, Ahmad Fariz Hassan.

Jelas KPS lagi, pihaknya berharap pembayaran zakat tersebut dapat memberi manfaat kepada golongan asnaf yang sudah dikenalpasti oleh LZS dan menerusi program yang sudah dirangka boleh membantu mereka keluar daripada kategori asnaf.

“Sejak 2017, KPS sudah membayar hampir RM8 juta kepada LZS dan ramai golongan asnaf sudah menerima manfaat daripada sumbangan zakat ini,” ujarnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN