KPM bina kolej tingkatan enam pertama di Kelantan - Utusan Malaysia

KPM bina kolej tingkatan enam pertama di Kelantan

RADZI Jidin (kiri) diberikan taklimat oleh pihak JKR berkaitan pembinaan kolej tingkatan enam di Bukit Cina, Kok Lanas, Kelantan hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan akan membina sebuah kolej khusus untuk penuntut tingkatan enam di Bukit Cina, Kok Lanas, di sini sekali gus menjadi yang pertama di negeri ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kolej itu akan dilengkapi 20 bilik darjah serta kemudahan lain dan dibina di lokasi strategik iaitu di laluan utama Kota Bharu – Gua Musang.

“Pembinaan kolej ini dapat memberi peluang kepada anak-anak Kelantan untuk mengikuti pendidikan di peringkat lepasan menengah di sebuah premis kolej tingkatan enam yang lengkap.

“Kolej ini mampu memacu kecemerlangan pendidikan negara melalui penyediaan infrastruktur pendidikan yang lebih baik untuk generasi muda di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan dikongsikan di akaun Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu, Radzi turun padang melawat tapak pembinaan kolej tersebut bersama warga Jabatan Pendidikan negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Radzi dalam pada itu memberitahu, sehingga kini terdapat 23 kolej tingkatan enam beroperasi di seluruh negara.

Beliau berkata, antara negeri yang belum mempunyai kemudahan itu ialah Perlis, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Labuan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya