PETALING JAYA: Sebahagian besar majikan kemungkinan besar tidak mampu mengambil pembantu rumah Indonesia, susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI). Ini kerana, dua daripada sembilan butiran dalam MoU tersebut menggariskan pembantu rumah perlu meraih kadar gaji minimum RM1,500 bersih sebulan tanpa potongan manakala pendapatan minimum calon pemberi kerja pula mesti pada kadar RM7,000 sebulan bagi memastikan gaji pembantu rumah benar-benar dibayar oleh majikan. Bercakap…