Kompaun tidak pakai pelitup muka masih berkuat kuasa

Kompaun tidak pakai pelitup muka masih berkuat kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan kompaun masih akan diambil terhadap mana-mana individu didapati tidak memakai pelitup muka di tempat awam. 

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, tindakan ini sekali gus menafikan dakwaan bahawa pihaknya tidak lagi mengeluarkan kompaun bagi kesalahan itu seperti sebaran mesej sejak semalam.

Kata beliau, ditegaskan bahawa prosedur operasi standard (SOP) fasa peralihan ke fasa endemik Covid-19 bertarikh 1 April lalu masih lagi berkuatkuasa dan pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan di tempat awam.

“Justeru itu, polis masih meneruskan tindakan kompaun jika terdapat mana-mana pihak yang melanggar SOP terbabit di bawah peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Pihak polis menasihatkan orang ramai untuk mematuhi SOP yang ditetapkan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Terdahulu, terdapat portal media melaporkan dakwaan bahawa polis akan menghentikan tindakan saman kepada orang ramai yang gagal memakai pelitup muka di khalayak ramai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN