PETALING JAYA: Kes positif Covid-19 di Malaysia semalam mencatatkan penurunan angka kepada 2,471 orang berbanding tujuh hari sebanyak 7,140 kes positif direkodkan.
Menurut data menerusi laman web Covidnow, laman web perkongsian data Covid-19 di Malaysia, kecenderungan penurunan kes positif bermula daripada 12 Mei (28,298 kes) kepada semalam (2,471 kes).
Purata tujuh hari menunjukkan penurunan sebanyak 40 peratus direkodkan di negara ini dan jumlah kes positif terbanyak Lembah Klang tertinggi sebanyak (3,810 kes) diikuti Selangor, (3174 kes) dan Kuala Lumpur (573 kes).
Tiga negeri yang mencatatkan purata tujuh hari rekod terendah adalah Labuan sebanyak tujuh (kes), diikuti Perlis sebanyak (10 kes) dan Kelantan (31 kes).
Sehingga kini, fasa peralahan ke endemik masih belum mempunyai arahan baharu daripada pihak Kementerian Kesihatan bagi menjelang sambutan Aidifitri yang semakin dekat. –UTUSAN