Kes denggi turun kerana PKP - Utusan Malaysia

Kes denggi turun kerana PKP

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kes denggi mencatatkan penurunan ketara dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, termasuk susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Perjalanan (PKP) kerana penularan pandemik Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya tidak pernah menyaksikan penurunan kes sebegini malah trend yang sama turut berlaku kepada negara jiran.

Katanya, isu denggi ini sentiasa dipandang serius Kementerian Kesihatan dengan setiap minggu laporannya dibentang dalam mesyuarat mingguan.

“Kita tidak pasti betul atau tidak ada, virus yang bersaing dengan denggi atau sebaliknya atau adakah kerana rakyat negara ini duduk di rumah dan melakukan pelbagai aktiviti di rumah seperti membersih halaman rumah.

“Mungkin juga semua penduduk tidak keluar rumah hingga dapat mengelak digigit nyamuk di sesuatu lokasi yang dikunjungi,” katanya dalam Sesi Libat Urus Lebihan Kematian Semasa Pandemik Covid-19 di Malaysia bersama media secara maya.

Antara ahli panel yang terlibat iaitu, Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) Kementerian Ksihatan, Datuk Dr. P Kalaiarasu dan Ketua Unit Pusat Penyelidikan Tinjauan Institut Kesihatan Umum, Institut Kesihatan Negara, Dr. G Shubash Shander.

Dr. Noor Hisham berkata, tindakan segera arahan kesihatan awam pada awal penularan Covid-19 menyaksikan jumlah lebihan kematian lebih rendah berbanding negara lain yang dilaksanakan antara Mac 2020 hingga Julai 2021 sekali gus mengurangkan risiko yang lebih besar.

Katanya, ia menjadikan Malaysia merekodkan lebihan kematian lebih rendah berbanding negara lain sepanjang pandemik Covid-19.

“Hasilnya, ia menunjukkan bahawa tindak balas negara terhadap pandemik Covid-19 adalah baik namun peningkatan lebihan kematian hanya berlaku ketika lonjakan kes positif Covid-19 dalam gelombang varian Delta iaitu antara Julai dan Ogos 2021.

 “Apa yang kita lihat adalah kepatuhan kepada prosedur operasi standard yang penting, bukannya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala yang kedua, semasa lonjakan kes Covid-19 varian Delta pada Julai dan Ogos 2021,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN