Kerani rugi hampir RM10,000, beli iPhone dalam talian

Kerani rugi hampir RM10,000, terpedaya pembelian iPhone dalam talian

HOO CHANG HOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang kerani kempunan untuk memiliki sebuah telefon bimbit berjenama iPhone selepas terpedaya pembelian secara dalam talian pada bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa seorang wanita berusia 24 tahun ketika di rumahnya di Palong di sini telah melayari akaun Apple Store di Instagram kira-kira pukul 9 malam, 20 March lalu dan berminat untuk membeli sebuah telefon jenama Iphone 12 yang diiklankan.

Menurutnya, mangsa telah berurusan lanjut bagi melakukan pembelian ini dengan seorang individu di talian 017-8784274.

“Mangsa diminta untuk melakukan pembayaran barangan jika berminat bagi pengesahan pembelian melalui pautan yang diberikan kepadanya di aplikasi WhatsApp.

“Mangsa telah menekan pautan tersebut dan bayaran dilakukan ke akaun Bank CIMB bernombor 7010448332 atas nama Paramsilva melalui sistem pembayaran secara dalam talian sebanyak RM1,300 pada 21 Mac lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, mangsa hanya sedar menjadi mangsa penipuan selepas membuat semakan baki akaunnya di bank pada 31 Mac lalu yang telah berkurangan sebanyak RM9,500.

Menurutnya, mangsa segera membuat semakan di kaunter bank dan mendapati wang telah dipindahkan ke akaun tersebut pada 21 Mac sebanyak empat kali dan kemudian dia segera membuat laporan di Balai Polis Bahau, Jumaat lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya