Kerajaan perlu campur tangan tetapkan harga tiket penerbangan

Kerajaan perlu campur tangan tetapkan harga tiket penerbangan

MOHD. Shafie Apdal (kiri) bersama isteri, Shuryani Shuaib (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di Semporna hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA: Bukan hanya Kementerian Pengangkutan sebaliknya, campur tangan Perdana Menteri penting bagi membolehkan syarikat penerbangan tidak mengambil kesempatan menaikkan tiket penerbangan pada kadar yang tidak munasabah.

Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Perdana Menteri perlu bertegas bagi memastikan bebanan rakyat yang cukup terjejas akibat pandemik Covid-19 dapat dikurangkan.

Beliau berharap kerajaan akan menangani isu kenaikan harga tiket penerbangan semasa musim perayaan ini dengan baik supaya rakyat tidak terus terbeban.

“Saya harap kadar tambang sama ada daripada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mahupun AirAsia perlu ditetapkan.

“Rakyat sudah cukup terbebas akibat pendapatan yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Maka, jangan membebankan rakyat.

“Ketika ini, kadar tiket mencecah lebih RM1,000 hingga RM2,000, ia cukup tinggi,” katanya selepas Program Tautan Kasih sempena Ramadan, hari ini.

Mohd. Shafie, yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, sekiranya harga tiket penerbangan dapat dikurangkan, beliau percaya lebih banyak pelanggan menggunakan perkhidmatan penerbangan udara ini untuk pulang ke kampung semasa musim perayaan.

Keadaan itu sekali gus akan membolehkan syarikat penerbangan menjaga keuntungan tanpa perlu membebankan penumpang yang cukup terjejas akibat pandemik Covdi-19.

Dalam program tersebut, Mohd. Shafie bersama isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong menyampaikan bantuan sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri kepada golongan yang memerlukan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN