Kemas benar guru tabika guna TikTok untuk pembelajaran

Kemas benar guru tabika guna TikTok untuk pembelajaran

MOHAMAD Yasid Bidin menyampaikan sumbangan hari raya kepada salah seorang kanak-kanak Tabika Kemas sempena Majlis Perasmian Program Qukis dan Promosi Jualan Aidilfitri Kemas Negeri Sembilan di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas, Rembau, Negeri Sembilan, hari ini. - FOTO/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) tidak menghalang kesemua guru di lebih 10,800 premis tabika jabatan berkenaan untuk menggunakan aplikasi TikTok sekiranya kandungan yang diketengahkan itu mampu memudahkan pembelajaran kanak-kanak.

Bagaimanapun, Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, sekiranya ia digunakan untuk tujuan peribadi malah dilakukan dalam waktu pejabat, pihaknya tidak akan sesekali membenarkannya.

“Kami tengok kandungan, jika memudah cara untuk mengajar, kami benarkan. Sebaliknya jika untuk tujuan peribadi di waktu pejabat (bekerja) kami tidak benarkan. 

“Aplikasi TikTok ini sebenarnya merupakan salah satu pendidikan digital yang digunakan oleh guru Tabika Kemas khususnya tadika yang dilengkapi dengan kemudahan internet serta SmartTV,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Perasmian Program Qukis dan Promosi Jualan Aidilfitri Kemas Negeri Sembilan di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan Kecil Kemas Malaysia, Datin Latifah Abu Kasim dan Pengarah Kemas Negeri Sembilan, Zulkefli Ahmad Nazri.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohamad Yasid memberi jaminan, tiada kes penderaan terhadap kanak-kanak berlaku di Tabika Kemas di seluruh negara.

“Setakat ni, masih terkawal, ini kerana setiap tabika jawatankuasanya terdiri daripada ibu bapa sendiri. Guru tadika sebagai setiausaha sahaja dan menyelenggarakan perbelanjaan serta pengajaran, insya-Allah tiada kes dera di tabika Kemas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN