Keluarkan kenyataaan isu Hakim Mahkamah Rayuan

Keluarkan kenyataaan isu Hakim Mahkamah Rayuan

SYED Muhammad Imran SN Syed Abdul Aziz (tengah) menunjukkan laporan yang dibuat ke atas Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali di pekarangan Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali susulan dakwaan yang dibuat sebuah portal. 

Presiden PSUAM, Syed Muhammad Imran SN Syed Abdul Aziz berkata, sekiranya perkara tersebut benar, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhak  dibicarakan semula oleh hakim lain manakala segala hukuman dijatuhkan dimansuhkan kerana konflik kepentingan. 

“Kami bukan menyatakan beliau (Mohd. Nazlan) bersalah, tidak. Kami mohon SPRM segera siasat adakah beliau terlibat secara langsung dalam SRC International Sdn Bhd (SRC) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

“Maka kes Najib harus berpatah balik ke Mahkamah Tinggi dan seluruh hukuman terhadapnya dibatalkan dan beliau harus dibicara semula,” katanya selepas membuat laporan ke SPRM di sini hari ini. 

Ujarnya, perkara tersebut bukan hanya berkaitan maruah Najib malah kepada parti UMNO sendiri kerana ia akan menjadi modal pihak pembangkang memainkan isu tersebut. 

Dalam pada itu, Syed Muhammad Imran berkata, selain Mohd. Nazlan, laporan ke SPRM turut dibuat berkaitan dakwaan penglibatan secara langsung Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul dalam SCR dan 1MDB. 

Pada 20 April lalu, blogger Raja Petra Kamarudin mendakwa Mohd. Nazlan disiasat berhubung terpalit konflik kepentingan dalam kes rayuan SRC International yang melibatkan Najib.

Menurut Raja Petra dalam portalnya Malaysia Today, Mohd. Nazlan disiasat berhubung wang RM1 juta yang tidak diisytihar dalam akaunnya.

Susulan itu, Mohd. Nazlan membuat laporan polis berhubung artikel bertajuk ‘Group calling for Najib’s pardon now wants judge Nazlan arrested’ dan ‘Shocking Revelation: Najib’s Trial Judge Nazlan’s Conflict-of-Interest Exposed’ bertarikh 14 Mac lalu.

 Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan media dipetik berkata, tuduhan tersebut adalah palsu, tidak berasas serta berniat jahat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya