langgar lori

Kelindan lori bawa muatan besi maut

SEORANG kelindan lori maut dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Kilometer 250 Lebuh Raya Utara Selatan, di Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang kelindan lori membawa muatan besi maut selepas kenderaan dinaikinya melanggar belakang sebuah lori membawa muatan getah yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 250 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 7.40 pagi itu, Mohamad Nur Imran Hamidun, 23, meninggal dunia di tempat  kejadian akibat kecederaan parah pada keseluruhan badan. 

“Ketika kejadian, mangsa yang menaiki lori bersama seorang pemandu lelaki berusia 31 tahun dalam perjalanan dari arah Alor Gajah, Melaka menghala ke Seremban. 

“Namun, sebaik tiba di lokasi kejadian pemandu lori itu hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah lori lain yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nanda, akibat kemalangan itu, Mohamad Nur Imran telah tercampak keluar dari lori dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Nanda berkata, bagaimanapun pemandu lori sama dinaiki mangsa hanya cedera ringan manakala pemandu lori membawa muatan getah pula tidak cedera. 

Tambah beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN