Kehilangan besar tokoh perkhidmatan awam disegani - PM

Kehilangan besar tokoh perkhidmatan awam disegani – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Dr. Ali Hamsa disifatkan seorang tokoh pentadbir perkhidmatan awam yang sangat disegani dalam dihormati semasa dalam perkhidmatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemergian bekas Ketua Setiausaha Negara Ke-13 itu adalah kehilangan besar buat negara yang menabur jasa dan bakti sepanjang berkhidmat.

“Mewakili Keluarga Malaysia, saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan ini.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Bekas Ketua Setiausaha Negara  dari tahun 2012 hingga 2018  itu meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Dublin, Ireland, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN