Kawal nafsu beli berlebihan pada bulan Ramadan

Kawal nafsu beli berlebihan pada bulan Ramadan

MOHD YUSOF AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Umat Islam diingat dan dinasihatkan supaya tidak membeli juadah berbuka puasa sehingga berlebihan yang akan mengakibatkan pembaziran pada bulan Ramadan. 

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, membeli makanan secara berlebihan juga boleh memberi kesan kepada ibadat pada bulan yang mulia ini. 

“Selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik, kebanyakan bazar Ramadan mula dibuka sepenuhnya. Oleh itu, umat Islam digalakkan mengawal nafsu mereka dan mengelakkan membeli makanan secara berlebihan. 

“Elakkan membeli makanan mengikut hawa nafsu namun beli untuk makan sahaja. Jika boleh, kawal nafsu membeli, cara ini mampu memberi pengajaran kepada kita semua dengan mampu menahan lapar dahaga,” katanya ketika ditemui pemberita di Balai Cerap Telok Kemang di sini semalam.

Menurut beliau lagi, gaya berbuka puasa secara bufet di hotel pada bulan Ramadan juga bukanlah sesuatu kesalahan tetapi pembaziran mesti juga perlu dielakkan.

“Berbuka puasa secara bufet tiada masalah asalkan mengambil makanan yang perlu sahaja untuk mengelakkan pembaziran. Ambil apa yang perlu sahaja dan elakkan mengambil secara berlebihan,” kata Mohd. Yusof lagi. –UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN