Kanak-kanak dua tahun cari waris

Kanak-kanak dua tahun hilang tempat bergantung, ibu angkat meninggal akibat Covid-19

MOHAMAD ARASY ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta waris seorang kanak-kanak lelaki yang telah kematian ibu angkat akibat Covid-19 tampil bagi memberi kerjasama berhubung proses hak penjagaan.

Pegawai JKM Johor Bahru, Adnan Md. Yassin berkata, Mohamad Arasy Abdullah yang kini berusia dua tahun telah kehilangan tempat bergantung selepas ibu angkatnya yang berusia 59 tahun meninggal dunia, akhir tahun lalu.

Menurut beliau, Mohamad Arasy dan ibu angkatnya dilaporkan positif Covid-19 pada 4 Oktober lalu sebelum kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk rawatan.

“Malangnya, ibu angkat yang berstatus ibu tunggal itu meninggal dunia pada hari tersebut tidak beberapa lama selepas disahkan positif. Hospital ada cuba menghubungi waris supaya mengambil Mohamad Arasy untuk penjagaan selanjutnya namun sehingga kini tiada maklum balas atau kerjasama daripada waris.

“Mohamad Arasy dirujuk kepada JKM pada 10 November tahun lalu dan dikategorikan sebagai kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Adnan, siasatan mendapati ibu angkat berkenaan tidak sempat melengkapkan proses dokumentasi pengambilan Mohamad Arasy sebelum ini kerana tidak mendapat kerjasama daripada ibu bapa kandungnya.

“Ketika ini ada sepasang suami isteri yang sudah berkahwin sejak lapan tahun lalu dan masih tidak dikurniakan cahaya mata menunjukkan minat untuk memelihara Mohamad Arasy. Sehubungan itu, Pelindung Kanak-kanak JKM berharap waris Mohamad Arasy tampil segera demi masa depan kanak-kanak tersebut,” ujarnya.

Katanya, waris kanak-kanak berkenaan boleh menghubungi Pelindung Kanak-kanak JKM, Intan Suria Ismail menerusi talian 07-2232606 atau 07-2232607. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya