Johor terkawal, tiada laporan jenayah libat warga Singapura - Utusan Malaysia

Johor terkawal, tiada laporan jenayah libat warga Singapura

KAMARUL Zaman Mamat (tengah) berbual mesra dengan pengunjung pada Majlis Berbuka Puasa di Angsana Mall, Johor Bahru. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan tahap keselamatan di Johor khususnya di bandar raya ini terkawal sepanjang tempoh pembukaan semula sempadan antarabangsa.

Menurut beliau, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan melibatkan kejadian jenayah terhadap warganegara Singapura, kecuali satu laporan kejadian pecah rumah.

“Tahap keselamatan ekoran pembukaan sempadan Malaysia-Singapura terkawal, tiada laporan jenayah kecuali kes pecah rumah yang dilapor warga Singapura atas kediamannya di Seri Alam. Tetapi selepas siasatan dijalankan, kejadian berkenaan didapati telah lama berlaku iaitu dalam tempoh pandemik sebelum sempadan dibuka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Pegawai dan Anggota Polis Dalam Op Tambak di Angsana Johor Bahru Mall, di sini, malam tadi. Turut hadir, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid.

Tambah Kamarul Zaman, pihaknya telah menggerakkan seluruh kekuatan Polis Kontinjen Johor seramai 1,600 pegawai dan anggota untuk memastikan tahap keselamatan Johor sentiasa terkawal.

“Sejak sempadan dibuka, kita telah menempatkan pegawai dan anggota di seluruh negeri termasuk di 41 lokasi panas yang telah dikenal pasti melibatkan kawasan tumpuan ramai termasuk pelancong Singapura.

“Sementara itu, kami akui jalan raya agak sesak ketika ini namun ia juga dalam keadaan terkawal, nasihat kami adalah agar pemandu kekal patuh arahan dan tidak memotong barisan,” jelasnya.

Sempadan antarabangsa Malaysia termasuklah di Johor-Singapura telah kembali dibuka sejak 1 April lalu selepas ianya ditutup akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada 18 Mac 2020. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya