JKM kesan waris bayi kotak perlindungan

JKM kesan waris bayi kotak perlindungan

SEORANG bayi dikenali sebagai Yusuf Zayyan yang ditinggalkan dalam kotak perlindungan di Orphan Care Petaling Jaya, Selangor pada 19 Mac lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan waris seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di Orphan Care Petaling Jaya pada 19 Mac lalu.

Bayi berusia dua bulan dikenali sebagai Yusuf Zayyan itu ditemukan dalam kotak perlindungan di pusat jagaan berkenaan, kira-kira pukul 12.40 tengahari.

JKM Daerah Petaling dalam satu kenyataan berkata, Yusuf ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri atau nota daripada penjaganya.

“Bayi berkenaan ditemui bersama lampin pakai buang, tisu basah, mandian dan bedak sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya hari ini.

Menurutnya, pegawai JKM turut membawa bayi itu ke Mahkamah Kanak-Kanak Petaling Jaya mendapatkan perintah penjagaan sementara pada 24 Mac lalu.

“Perintah jagaan itu mengikut Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 dan ditempatkan di bawah jagaan atau pemeliharaan orang yang layak.

“Ia bagi membolehkan Pegawai Pelindung menjalankan siasatan bagi tujuan penempatan kanak-kanak,” katanya.

Justeru, JKM meminta waris termasuk ibu kandung kedua-dua mereka segera tampil bagi urusan hal penempatan dan penjagaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi Pegawai Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, Hasnizam Hassim di talian 03-78422584/2587.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya