PUTRAJAYA: Cuaca panas terik tiba-tiba bertukar redup seolah-olah mengiringi majlis pengebumian bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, di sini, petang ini.
Pada majlis itu, lebih 200 orang hadir termasuk balu Allahyarham, Puan Sri Rohani Abdullah berserta anak dan cucunya.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pukul 2.45 petang dengan talkin dibacakan Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Ustaz Nor Azamir Alias.
Terdahulu, jenazah tiba di tanah perkuburan pada pukul 2.20 petang dibawa van jenazah dan diiringi polis pengiring.
Jenazah terlebih dahulu disembahyangkan di dewan solat utama, MTMZA yang dihadiri 500 jemaah. – UTUSAN