sumbangan zakat

Jangan tunggu kaya untuk sedekah

SHAUKI Abd. Majid (kanan) menyampaikan sumbangan zakat ahli korporat kepada Surial Saat untuk diagihkan kepada asnaf di Masjid Tok Imam Long, Cherang Ruku, Pasir Puteh, hari ini. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH:  Jangan menunggu waktu kaya untuk bersedekah dengan mengikis amalan kikir untuk menghulurkan kewajipan membantu sesama Islam sekali pun masih dibelenggu kemiskinan.

Bekas Pengurus Besar Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Shauki Abd. Majid berkata, tiada had nilai sedekah ditetapkan untuk mendapatkan ganjaran Allah kecuali zakat tertentu yang telah ditetapkan ulil amri kadar yang sepatutnya.

Menurutnya, pemberian sedekah dan zakat juga tidak seharusnya diuar-uarkan, sebaiknya menjadi kerahsiaan untuk menjaga aib penerima dan mengelakkan timbulnya rasa ‘riak’ dan takbur.

“Bergantung kepada niat dan keikhlasan individu untuk bersedekah bagi mendapat ganjaran pahala. Dalam aspek duniawi ia membawa impak kesepaduan komuniti dan kelegaan hidup golongan asnaf yang memerlukan bantuan.

“Sebahagian individu memilih untuk menghulurkan sendiri sedekah atau mengeluarkan zakat yang difardukan mengikut haul dan nisbah kepada kepada asnaf selain menyalurkan kepada pihak berkuasa agama untuk mengurusan lanjut,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan amanah sumbangan zakat seorang ahli korporat di Masjid Tok Imam Long, Cherang Ruku, di sini hari ini.

Seramai 60 asnaf terpilih masing-masing menerima wang tunai RM100 dan barangan keperluan harian. Yang hadir sama pengerusi masjid berkenaan, Surial Saat yang juga Penghulu pekan Cherang Ruku.

Tambah Shauki, ahli perniagaan meminta zakat beliau diuruskan bagi membantu meringankan bebanan asnaf turut disalurkan ke rumah anak yatim, sekolah, surau dan madrasah sekitar Tumpat dan Bachok termasuk untuk penyediaan majlis iftar.

Katanya, amalan bersedekah seharusnya berpanjangan sekali pun di luar bulan Ramadan kerana kejayaan melegakan kehidupan asnaf besar ganjaran pahala yang dijanjikan-Nya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN