Isu ‘live’ TikTok: JSJN ambil tindakan pegawai tidak ikut SOP

Isu ‘live’ TikTok: JSJN ambil tindakan tegas pegawai tidak ikut SOP guna media sosial

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) tatacara penggunaan media sosial.

Pengarahnya, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, setakat terdapat tiga arahan berhubung tatacara penggunaan media sosial iaitu pada Ogos 2020, Mei 2014 dan Februari 2021.

Bagaimanapun, pihaknya kini menunggu siasatan daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) namun mengikut arahan berkenaan memang tidak dibenarkan (rakaman secara langsung).

“Jika dilihat video berkenaan memang nak promosikan, kita tidak pilih bulu, kalau di Johor dulu bukan setakat Asisten Superintenden (ASP), Superintenden pun kita ambil tindakan, apa pun kita tunggu siasatan lengkap,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Ayob Khan turut mengesahkan pegawai wanita berkenaan adalah pegawai JSJN Bukit Aman dan sedang melakukan operasi di sebuah pusat hiburan.

Semalam Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain mengarahkan Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) menyiasat mengenai video siaran langsung oleh seorang pegawai polis wanita yang didakwa dilakukan ketika serbuan di pusat hiburan.

Arahan itu dikeluarkan bagi mengetahui motif dan tujuan sebenar pegawai berkenaan membuat rakaman menerusi akaun TikTok itu.

Razarudin dilaporkan berkata, satu arahan berhubung penggunaan media sosial dalam kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama membabitkan aplikasi TikTok akan dikeluarkan JIPS hari ini.

Terdahulu, seorang pegawai polis wanita berpangkat ASP dikecam selepas membuat rakaman video secara langsung menerusi aplikasi TikTok semasa melakukan serbuan.

Video berdurasi seminit 38 saat itu dipercayai sewaktu menjalankan pemeriksaan ke atas pusat hiburan bersama beberapa pegawai dan anggota lain.- UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN