Insiden MH2664: Anthony Loke tuntut komitmen Ka Siong

Insiden MH2664: Anthony Loke tuntut komitmen Ka Siong

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP,  Anthony Loke Siew Fook meminta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong memberi komitmen terbuka bagi memastikan siasatan insiden penerbangan pesawat MH2664 dilaksanakan dengan telus.

Bekas Menteri Pengangkutan itu berkata, ini kerana keselamatan penerbangan awam adalah satu aspek yang sangat penting dalam sistem pengangkutan negara.

“Insiden tersebut perlu disiasat dengan mendalam oleh pihak berkuasa penerbangan awam iaitu Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Saya yakin CAAM telah memulakan proses siastannya.

“Untuk memberi keyakinan kepada orang ramai, hasil siasatan tersebut perlu diumumkan secara telus. Saya menyeru Menteri Pengangkutan memberi komitmen terbuka supaya siasatan bebas dijalankan dan sebarang hasil siasatan diumumkan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

WEE KA SIONG

Pada 2 April lalu, pesawat dari Kuala Lumpur ke Tawau itu dilaporkan mengalami masalah teknikal dan menjunam seketika sebelum berpatah balik ke KLIA.

Bagaimanapun, tiga penumpang yang terbabit dalam insiden cemas Ahad lalu, meminta Malaysia Airlines Berhad dan CAAM menjalankan siasatan telus berhubung kejadian berkenaan. 

Mereka juga tidak bersetuju dengan kenyataan Malaysia Airlines yang disiarkan Selasa lalu, menyatakan penerbangan tersebut berpatah balik disebabkan isu teknikal dan keadaan cuaca yang buruk. – UTUSAN 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN