PETALING JAYA: Geran Padanan Pelancongan, Seni dan Budaya (GPPSB) yang berjumlah RM50 juta merupakan inisiatif kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi
membantu penggiat industri daripada pelbagai sektor dan latar belakang dalam penganjuran acara pelancongan, seni dan budaya berimpak tinggi pada 2022.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, geran itu seperti yang diumumkan semasa Belanjawan 2022 di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan MOTAC terbahagi
kepada dua iaitu Geran Sepadan Sektor Pelancongan (GSSP) dan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK).
NANCY SHUKRI
“Jumlah keseluruhan bagi keduadua geran ini sebanyak RM50 juta adalah untuk menyemarak dan merancakkan semula sektor pelancongan dan kebudayaan yang terjejas teruk susulan penularan pandemik Covid-19 sejak dua tahun yang lalu.
“Pada masa sama, ia dapat membantu para pemain industri berkaitan terus berdaya saing bagi mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan selamat untuk dikunjungi serta dapat merangsang ekosistem kesenian dan kebudayaan negara untuk aktif semula,” katanya.
GERAN SEPADAN SEKTOR PELANCONGAN (GSSP)

baru tiba selepas kerajaan Malaysia membuka semula sempadan
negara mulai 1 April lalu
GSSP memberi fokus ke atas penganjuran program atau acara domestik dan antarabangsa apabila pintu sempadan dibuka semula dengan mekanisme pelaksanaan adalah seperti domestik iaitu siling maksimum sehingga RM500,000 dan kadar antarabangsa dengan siling maksimum sehingga RM1 juta.
Penganjur dibenarkan memohon lebih dari satu penganjuran acara pada tahun semasa tetapi setiap permohonan perlu mempunyai konsep dan pengisian yang berbeza.
Mereka yang layak memohon GSSP adalah Persatuan Pelancongan Malaysia sahaja;
Syarikat dan Organisasi Swasta tempatan (bukan berstatus Agen Pelancongan); Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri; Anak Syarikat di bawah Negeri; dan Persatuan / Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)tempatan.
Tempoh penerimaan permohonan adalah 60 hari sebelum penganjuran program domestik dan 90 hari sebelum penganjuran acara antarabangsa. Tarikh akhir terima permohonan
GSSP adalah pada 31 Oktober 2022.
Tempoh pelaksanaan program yang diluluskan adalah sehingga 31 Disember ini dan sebarang pelanjutan tempoh pelaksanaan selepas tarikh tersebut adalah tidak dibenarkan.
GERAN SEPADAN SEKTOR KEBUDAYAAN (GSSK)
GSSK merupakan inisiatif Kerajaan yang diumumkan melalui Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021 di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan MOTAC bagi memastikan ekosistem kesenian
dan kebudayaan di negara ini terus kekal berdaya saing dan diperkasa susulan penularan pandemik Covid-19.
Inisiatif ini dirangka bagi membantu para penggiat industri daripada pelbagai sektor dan latar belakang dalam penganjuran program/acara seni budaya yang berimpak tinggi pada tahun 2022.
Mekanisme ditetapkan ini adalah seperti siling peruntukan dengan jumlah peruntukan maksimum GSSK yang boleh dipertimbangkan adalah sebanyak RM500,000.
Penganjur dibenarkan memohon lebih daripada satu penganjuran program atau acara pada tahun semasa 2022, tetapi setiap permohonan perlu mempunyai konsep dan pengisian yang berbeza.
Siling peruntukkan kepada NGO atau NPO pula ditetapkan pada nilai maksimum sehingga 90 peratus daripada kos anggaran perbelanjaan keseluruhan dan syarikat pula ditetapkan maksimum
sehingga 80 peratus daripada kos anggaran perbelanjaan keseluruhan.
Penyaluran pertama atau deposit sehingga 80 peratus daripada jumlah kelulusan sebelum sesuatu acara bermula, manakala baki akan disalurkan selepas menerima dokumen-dokumen
lengkap daripada pemohon.
Pihak yang layak memohon GSSK adalah persatuan seni, budaya dan warisan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966; Pertubuhan Bukan Berasaskan Keuntungan (NPO) seni, budaya dan warisan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966; Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016; Koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993; dan lain-lain entiti berdaftar dengan kerajaan dan diiktiraf oleh MOTAC.
Permohonan GSSK adalah sehingga 31 Ogos 2022. Tarikh akhir penerimaan permohonan beserta kertas cadangan dan tempoh pemprosesan adalah 60 hari sebelum pelaksanaan program
manakala tempoh pelaksanaan acara yang diluluskan adalah sehingga 31 Oktober 2022 dan sebarang pelanjutan tempoh pelaksanaan selepas tarikh tersebut adalah tidak dibenarkan.
Maklumat lanjut untuk permohonan kedua-dua geran iaitu Geran Sepadan Sektor Pelancongan (GSSP) dan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) boleh layari www.motac.gov.my dan www.
tourism.gov.my.
Inisiatif MOTAC bantu penggiat pelancongan, seni dan budaya Ia dapat membantu para pemain industri berkaitan terus berdaya saing bagi mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan selamat…”