Ingat pada MoU, pastikan kebebasan badan kehakiman - PH

Ingat pada MoU, pastikan kebebasan badan kehakiman – PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) tampil mengingatkan kepada kerajaan bahawa soal kebebasan badan kehakiman mestilah didukung dan dipertahankan.

Malah, katanya, perkara itu sendiri terkandung dalam Perkara 4.1 dalam memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Persekutuan dan PH.

“Majlis Presiden mengingatkan bahawa menyatakan dengan jelas bahawa kerajaan Persekutuan perlu memastikan terlaksana sepanjang masa kebebasan badan kehakiman. Maka PH mendukung dan mempertahan sepenuhnya kebebasan badan kehakiman.

“Oleh itu, kami menggesa agar kerajaan memastikan MoU ini terus terlaksana dengan menjamin bahawa agensi-agensi penguatkuasaan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan serta sentiasa menghormati prinsip kebebasan badan Kehakiman,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan bersama itu dibuat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Mohamad Sabu (Amanah), Anthony Loke Siew Fook (DAP) dan Datuk Seri Madius Tangau (UPKO).

Majlis Presiden PH turut menyokong penuh kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa apa yang berlaku dalam beberapa hari ini yang membabitkan tohmahan terhadap hakim dan badan kehakiman agak keterlaluan.

“Amatlah jelas, badan kehakiman yang bebas merupakan tunjang kepada negara hukum dan sistem demokrasi yang diterima, dipercayai serta diyakini rakyat,” katanya.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN