Imarah masjid, patuhi SOP - Sultan Selangor

Imarah masjid, patuhi SOP – Sultan Selangor

SULTAN Sharafuddin Idris Shah bersama Tengku Permaisuri Norashikin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan umat Islam kembali mengimarahkan masjid dan surau termasuk menunaikan solat tarawih sepanjang Ramadan ini.

Menerusi satu kenyataan, baginda menzahirkan nasihat itu selepas prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan dan saf kembali dirapatkan.

“Namun baginda mahu umat Islam terus berwaspada dan tidak lalai dalam menjaga SOP yang masih berkuat kuasa. Ia demi mengelak jangkitan Covid-19 daripada terus merebak,” katanya.

Sultan Sharafuddin, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah turut berkenan menzahirkan ucapan sambutan Ramadan kepada seluruh umat Islam terutama rakyat negeri ini.

Baru-baru ini, baginda berkenan membenarkan solat berjemaah di masjid, surau dan musolla di Selangor boleh dirapatkan saf seperti biasa tanpa penjarakan fizikal.

Ketetapan itu dibuat dalam rundingan baginda bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Sultan Sharafuddin turut berkenan solat tarawih tahun ini diadakan dan dikekalkan dengan 20 rakaat.

Dalam pada itu, baginda mengingatkan umat Islam meningkatkan keimanan dan menjauhi perbuatan tercela seperti mengadu domba serta menyebarkan fitnah.

“Rasulullah SAW. bersabda: Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar serta memaki hamun. Apabila dimaki hamun seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, sesungguhnya aku berpuasa hari ini (hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim), ” ujarnya.

Titah Sultan Sharafuddin, Ramadan merupakan peluang terbaik mengumpul pahala dan amal kebaikan dalam usaha menjadi khalifah Allah yang beriman serta muslim cemerlang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN