IJN, Hospital Sungai Buloh terima Anugerah Malaysia Top Achievers 2022

IJN, Hospital Sungai Buloh antara 28 penerima Anugerah Malaysia Top Achievers 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Sungai Buloh antara 28 syarikat dan agensi kerajaan yang menerima pengiktirafan menerusi penganjuran Anugerah Malaysia Top Achievers 2022 baru-baru ini.

Agensi-agensi dan syarikat lain yang turut mendapat pengiktirafan ialah Universiti Limkokwing, Sky Blue Media, Malik Streams Corporation, Light Hotel, Ritz Carlton, Andorra Women & Children Hospital, Pharmaniaga Berhad, Kenaf Venture Global, Mahsa University, Widad Group, Bank Rakyat dan  Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengerusi penganjur, Hema Kandy berkata, anugerah tersebut diberi sebagai penghormatan kepada setiap individu dan organisasi yang berjaya membawa ekonomi, kesihatan dan pembangunan negara ke tahap lebih tinggi.

“Anugerah itu merupakan usaha sama antara Leaders Online dan juga My Events International Sdn. Bhd. yang tidak asing lagi dalam kalangan pelbagai pemain industri di negara ini.

“Misi dan visi serta sumbangan membabitkan pelbagai kemahiran serta kebijaksanaan mereka itu jugalah yang telah memberikan kejayaan ini. Kami di Leaders Online dan juga My Events International sebenarnya berbangga kerana berpeluang memberikan anugerah baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Turut hadir dalam majlis tersebut termasuk Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd. Shahar Abdullah dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN