PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa tempat di lapan negeri sehingga pukul 4 petang.
Menurut Met Malaysia, selain itu, angin kencang turut dijangka berlaku di kebanyakan tempat di Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) ; Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat); Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau).
“Selain itu, Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru); Sarawak: Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei), Sibu (Selangau), Mukah (Tanjung Manis, Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang serta Sabah: Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu),” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Met Malaysia menambah, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” jelasnya. – UTUSAN










